Perkara dibolehkan
· Subuh dalam keadaan junub
Nabi s.a.w pada waktu subuh dalam keadaan junub kerana jimak dengan isterinya (pada waktu sebelum subuh), kemudian baginda mandi dan berpuasa.
[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]
· Menyiram air ke kepala
Umar membasahkan bajunya, kemudian dia memakainya ketika dalam keadaan berpuasa.
[H.R. Bukhari]
Rasulullah s.a.w. menyiramkan air ke atas kepalanya dalam keadaan berpuasa kerana haus atau kepanasan.
[H.R. Abu Daud]
· Bercengkerama dengan isteri
Kata Aisyah r.a.: “Rasulullah s.a.w. mencium dalam keadaan puasa dan bercengkerama dalam keadaan berpuasa, akan tetapi baginda adalah orang yang paling dapat menahan diri.”
[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]
Seorang pemuda bertanya: “Ya Rasulullah, bolehkah aku mencium dalam keadaan berpuasa?” Baginda menjawab: “Tidak”. Lalu datang pula seorang yang sudah tua, dia bertanya: “Ya Rasulullah, bolehkah aku mencium dalam keadaan berpuasa?” Baginda menjawab: “Ya.” Sebahagian dari kami memandang teman-temannya, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesunguhnya orang tua boleh menahan diri.”
[H.R. Tabarani]
· Gosok gigi
“Kalaulah tidak memberatkan umatku, nescaya aku suruh mereka supaya bersiwak (menggosok gigi) setiap kali wuduk.”
[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]
· Masuk air dalam hidung
“....Bersungguh-sungguhlah dalam berstinsyaq (menghirup air dalam hidung semasa wuduk) kecuali dalam keadaan berpuasa.”
[H.R. At-Tirmidzi]
· Berbekam
Nabi s.a.w berbekam dalam keadaan berpuasa.
[H.R. Bukhari]
· Merasa makanan
“Tidak mengapa merasai sayur atau sesuatu yang lain dalam keadaan puasa selagi tidak sampai ke tenggorok.”
[H.R. Bukhari]Jom puasa mengikut cara Nabi s.a.w.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan