Memaparkan catatan dengan label bulan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bulan. Papar semua catatan

07 September 2008

Menjelang bulan Ramadhan

Menjelang bulan Ramadhan

· Kiraan bulan Syaaban

“Puasalah kamu kerana melihat hilal (anak bulan) dan berbukalah kerana melihat hilal, jika kamu terhalang oleh awan, sempurnakanlah bulan Syaaban tiga puluh (30) hari.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

“Janganlah kamu puasa hingga melihat hilal, jangan pula kamu berbuka hingga melihatnya, jika kamu dihalangi oleh awan, hitunglah bulan Syaaban.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

“Jika datang bulan Ramadhan, puasalah tiga puluh (30) hari kecuali kamu melihat hilal sebelum hari ketiga puluh (30).”

[H.R. Ahmad]

· Saksi lihat hilal

“Puasalah kamu kerana melihat hilal, berbukalah kerana kamu melihatnya, berhajilah kerana melihatnya, jika kamu tertutup mendung, sempurnakanlah tiga puluh (30) hari, jika ada dua saksi, berpusalah kamu dan berbukalah.”

[H.R. An-Nasa'i]

“Manusia mencari-cari hilal, maka aku khabarkan kepada Nabi s.a.w bahawa aku melihatnya, Rasulullah s.a.w. pun menyuruh manusia berpuasa.”

[H.R. Abu Daud]

· Berpuasa di hari diragukan

“Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan melakukan puasa satu atau dua hari sebelumnya kecuali seseorang yang telah berpuasa secara rutin, maka puasalah.”

[H.R. Muslim]

“Barangsiapa yang berpuasa pada hari yang diragukan bererti telah derhaka kepada Abul Qasim (Nabi s.a.w)”

[H.R. Bukhari]
Jom puasa mengikut cara Nabi s.a.w.

04 September 2008

Keutamaan bulan Ramadhan

Keutamaan bulan Ramadhan

· Bulan al-Quran

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.”

(Al-Baqarah: 185)

· Syaitan dibelenggu

“Jika datang bulan Ramadhan, dibukalah pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggulah syaitan.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

“Jika telah datang awal malam bulan Ramadhan, diikatlah para syaitan dan jin-jin yang jahat, ditutup pintu-pintu neraka, tidak ada satu pintu pun yang dibuka dan dibukalah pintu-pintu syurga, tiada satu pintu pun yang tertutup, menyerulah seorang penyeru: “Wahai orang yang ingin kebaikan, lakukanlah, wahai orang yang ingin keburukan, kurangilah. Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan dari neraka, itu terjadi pada setiap malam.”

[H.R. At-Tirmidzi]

· Malam lailatul Qadar

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam (Lail) al-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam (Lail) al-Qadar? Malam (Lail) al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

(al-Qadar 97: 1-5)