Memaparkan catatan dengan label Panduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Panduan. Papar semua catatan

17 September 2008

Berbuka

Berbuka

· Waktu berbuka

“Jika malam datang dari sini, siang menghilang dari sini dan terbenam matahari, telah berbukalah orang yang berpuasa.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

· Menyegerakan berbuka

“Manusia akan terus dalam kebaikan selama menyegerakan berbuka.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

“Umatku akan terus dalam sunnahku selama mereka tidak menunggu bintang ketika berbuka (puasa).”

[H.R. Ibnu Hibban]

“Agama ini akan terus jaya selama menyegerakan berbuka kerana orang Yahudi dan Nasrani mengakhirkannya.”

[H.R. Abu Daud]

· Berbuka sebelum solat maghrib

Tiga perkara yang merupakan akhlak para Nabi: menyegerakan berbuka, mengakhirkan sahur, meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dalam solat.”

[H.R. Tabarani]

· Berbuka dengan kurma

Nabi s.a.w berbuka dengan kurma basah, jika tidak ada, maka dengan kurma kering, jika tidak ada kurma kering, maka minum seteguk air.

[H.R. Ahmad]

· Doa makbul

“Tiga orang yang tidak akan ditolak doanya: orang yang berpuasa ketika berbuka, imam yang adil, doa orang yang dizalimi.”

[H.R. At-Tirmidzi]

“Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala, Insya Allah.”

[H.R. Abu Daud]

· Memberi makan orang yang berpuasa

“Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (buka puasa), akan mendapat pahala seperti yang mengamalkan tanpa mengurangkan pahala yang berpuasa.”

[H.R. Ahmad]

· Mendoakan orang beri kita makan

“Telah makan makanan kamu orang-orang baik dan para malaikat berselawat ke atas kamu, orang-orang yang berpuasa telah berbuka di sisi kamu.”

[H.R. Ahmad]

“Ya Allah, berilah makan orang yang memberiku makan, berilah minum orang yang memberiku minum.”

[H.R. Muslim]

“Ya Allah, ampunilah mereka dan rahmatilah, berilah barakah pada semua rezeki yang Engkau berikan.”

[H.R. Muslim]
Jom puasa mengikut cara Nabi s.a.w.

16 September 2008

Kemudahan dari Allah

Kemudahan dari Allah

· Peringatan

Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.”

(Al-Baqarah: 185)

“Wahai Tuhan, kami mendengar dan taat, ampunilah kami wahai Tuhan, kepada-Mu-lah kami kembali.”

(Al-Baqarah: 285)

· Musafir

“....sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.”

(Al-Baqarah: 185)

“Puasalah jika kamu mahu dan berbukalah kalau mahu (musafir)”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

“Sesungguhnya Allah suka didatangi rukhsah yang Dia berikan sebagaimana membenci orang yang melakukan maksiat.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

“Bukanlah suatu kebajikan melakukan puasa dalam musafir.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

· Sakit

“....sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.....”

(Al-Baqarah: 185)

· Haid dan nifas

Kata Aisyah: “Kami pun haid ketika berpuasa, tetapi tidak disuruh mengqadha solat.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

· Orang tua

Kata Ibnu Abbas ra. r.a.:

“Datuk dan nenek tua yang tidak mampu berpuasa wajib memberi makan setiap hari seorang miskin.”

[H.R. Bukhari]

.... dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.....”

(Al-Baqarah: 184)

“Barangsiapa yang mencapai usia lanjut dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadhan, setiap hari wajib mengeluarkan satu (1) mud gandum.”

[H.R. Daruquthni]

· Orang yang hamil dan menyusukan anak

“... Allah menggugurkan ke atas orang hamil dan menyusukan akan kewajiban puasa...”

[H.R. At-Tirmidzi]
Jom puasa mengikut cara Nabi s.a.w.

13 September 2008

Perlu dijauhi semasa berpuasa

Perlu dijauhi semasa berpuasa

· Perkataan palsu

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan mengamalkannya, Allah tidak perlukan perbuatannya meninggalkan makan dan minumnya.”

[H.R. Bukhari]

· Perkataan sia-sia

“Puasa bukanlah dari makan, minum (semata-mata), tetapi puasa itu menahan diri dari perbuatan sia-sia dan keji, jika ada orang yang mencelamu, katakanlah: “Aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa.”

[H.R. Al-Hakim]

“Banyak orang yang berpuasa, bahagiannya dari puasa hanyalah lapar dan dahaga.”

[H.R. Ibnu Majah]

Jom puasa mengikut cara Nabi s.a.w.

10 September 2008

Keutamaan sahur

Keutamaan sahur

“Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah makan sahur.”

[H.R. Muslim]

· Barakah

“Barakah ada pada tiga perkara iaitu Jamaah, tharid dan makan sahur.”

[H.R. Tabarani]

“Sesungguhnya Allah menjadikan barakah itu pada makan sahur.”

[H.R. Al-Khatib]

“Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan pada kamu, maka janganlah kamu tinggalkan.”

[H.R. An-Nasa'i]

“Marilah menuju makan pagi yang diberkati iaitu sahur.”

[H.R. Ahmad]

· Allah berselawat

“Sahur adalah makanan yang barakah, janganlah kamu tinggalkan walaupun hanya meminum seteguk air kerana Allah dan rasul-Nya memberi selawat kepada orang yang sahur.”

[H.R. Ahmad]

· Sahur dengan kurma

“Sebaik-baik sahur orang mukmin itu ialah kurma.”

[H.R. Abu Daud]

· Mengakhirkan sahur

“Kami makan sahur bersama Rasulullah s.a.w., kemudian baginda solat, aku (Anas) bertanya: “Berapa jarak antara azan dan sahur?” Baginda menjawab: “kira-kira 50 ayat membaca al-Quran.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

· Hukum

“Sahurlah kamu walaupun dengan setengah air.”

[H.R. Ibnu Hibban]

Jom puasa mengikut cara Nabi s.a.w.

09 September 2008

Waktu puasa

Waktu puasa

“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu.”

(Al-Baqarah: 187)

“Dan makan dan minumlah sehingga terang kepadamu benang putih dari benang hitam dari fajar.”

[H.R. Bukhari]

“Hitamnya malam dan putihnya siang.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

“Janganlah kalian tertipu oleh azannya Bilal dan jangan pula tertipu oleh warna putih yang memancar ke atas sampai melintang.”

[H.R. Muslim]

“Makan dan minumlah, jangan kalian tertipu oleh fajar yang memancar ke atas, makan dan minumlah sampai warna merah membentang.”

[H.R. At-Tirmidzi]

“Jika salah seorang dari kamu mendengar azan, padahal gelas ada di tangannya, janganlah dia letakan hingga memenuhi hajatnya.”

[H.R. Abu Daud]

“Telah dikumandangkan azan dan iqamah solat, ketika itu di tangan Umar masih ada gelas, dia bertanya: “Bolehkah aku meminumnya ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Ya, minumlah.”

[H.R. Ibnu Jarir]

“Jika malam datang dari sini, siang menghilang dari sini dan terbenam matahari, telah berbukalah orang yang berpuasa.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a., “Kami pernah bersama Rasulullah s.a.w. dalam suatu musafir. Ketika itu kami berpuasa (Ramadhan). Ketika matahari terbenam, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada sebahagian dari kami: “wahai fulan (Bilal), berdirilah, ambilkan air.” Kata Bilal: “Wahai Rasulullah, kalau engkau tunggu hingga petang. Rasulullah bersabda: Turun, ambilkan air.” Bilal pun turun, kemudian Nabi s.a.w minum. Baginda bersabda: “kalau kamu melihatnya, nescaya kamu lihat dari atas unta (matahari). Kemudian baginda memberi isyarat dengan telunjuk ke arah kiblat), kemudian berkata: “Jika kamu melihat malam telah datang dari sini, maka telah berbuka orang yang berpuasa.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]
Jom puasa mengikut cara Nabi s.a.w.

08 September 2008

Niat puasa

Niat

· Wajib niat puasa sebelum subuh

“Barangsiapa yang tidak berniat sebelum fajar untuk berpuasa, maka tidak ada puasa baginya.”

[H.R. Abu Daud]

“Barangsiapa yang tidak berniat berpuasa pada malam harinya, maka tidak ada puasa baginya.”

[H.R. An-Nasa'i]

· Niat puasa sunat boleh selepas fajar

“Nabi s.a.w bertanya kepada Aisyah: “Adakah engkau mempunyai makanan? Kalau tidak ada, maka aku akan berpuasa.”

[H.R. Muslim]

· Puasa Asyura

Nabi s.a.w menyuruh seseorang dari Bani Aslam mengumumkan kepada manusia bahawasanya: “Barangsiapa yang sudah makan, hendaklah berpuasa sampai maghrib dan barangsiapa yang belum makan, maka teruskanlah berpuasa kerana hari ini adalah hari Asyura.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah s.a.w. pernah memerintahkan puasa Asyura, maka ketika diwajibkan puasa Ramadhan, orang yang mahu berpuasa Asyura dibolehkan, yang mahu berbuka pun dipersilakan.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

Jom puasa mengikut cara Nabi s.a.w.

07 September 2008

Menjelang bulan Ramadhan

Menjelang bulan Ramadhan

· Kiraan bulan Syaaban

“Puasalah kamu kerana melihat hilal (anak bulan) dan berbukalah kerana melihat hilal, jika kamu terhalang oleh awan, sempurnakanlah bulan Syaaban tiga puluh (30) hari.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

“Janganlah kamu puasa hingga melihat hilal, jangan pula kamu berbuka hingga melihatnya, jika kamu dihalangi oleh awan, hitunglah bulan Syaaban.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

“Jika datang bulan Ramadhan, puasalah tiga puluh (30) hari kecuali kamu melihat hilal sebelum hari ketiga puluh (30).”

[H.R. Ahmad]

· Saksi lihat hilal

“Puasalah kamu kerana melihat hilal, berbukalah kerana kamu melihatnya, berhajilah kerana melihatnya, jika kamu tertutup mendung, sempurnakanlah tiga puluh (30) hari, jika ada dua saksi, berpusalah kamu dan berbukalah.”

[H.R. An-Nasa'i]

“Manusia mencari-cari hilal, maka aku khabarkan kepada Nabi s.a.w bahawa aku melihatnya, Rasulullah s.a.w. pun menyuruh manusia berpuasa.”

[H.R. Abu Daud]

· Berpuasa di hari diragukan

“Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan melakukan puasa satu atau dua hari sebelumnya kecuali seseorang yang telah berpuasa secara rutin, maka puasalah.”

[H.R. Muslim]

“Barangsiapa yang berpuasa pada hari yang diragukan bererti telah derhaka kepada Abul Qasim (Nabi s.a.w)”

[H.R. Bukhari]
Jom puasa mengikut cara Nabi s.a.w.

06 September 2008

Galakan berpuasa

Galakan berpuasa Ramadhan

· Doa dikabul

“Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan dan semua orang Muslim yang berdoa akan dikabulkan doanya.”

[H.R. Ahmad]

· Pengampunan dosa

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan ihtisab, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

“Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika menjauhi dosa besar.”

[H.R. Muslim]

“Sesungguhnya Jibril a.s. datang kepadaku, dia berkata: “Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan tetapi tidak diampuni dosanya maka akan masuk neraka dan akan Allah jauhkan dia, katakan: “Amin”: maka aku pun mengatakan: “Amin.”

[H.R. Muslim]

· Golongan siddiqin dan syuhada’

“Datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w, dia bertanya: “Ya Rasulullah! Apa pendapatmu jika aku bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang hak kecuali Allah, engkau adalah Rasulullah s.a.w., aku solat lima waktu, aku tunaikan zakat, aku berpuasa Ramadhan dan solat tarawih pada malam harinya, termasuk golongan manakah aku?” baginda menjawab: “Termasuk golongan siddiqin dan syuhada’.”

[H.R. Ibnu Hibban]
Jom puasa mengikut cara Nabi s.a.w.

03 September 2008

Keutamaan puasa

Keutamaan puasa

Firman Allah s.w.t.: “Sesungguhnya kaum muslimin dan muslimat, kaum mukminin dan mukminat, kaum lelaki serta wanita yang benar (imannya) dan kaum lelaki serta kaum wanita yang sabar (ketaatannya), dan kaum lelaki serta wanita yang berpuasa, dan kaum lelaki dan wanita yang menjaga kehormatannya (syahwat berahinya), dan kaum lelaki serta wanita yang banyak mengigati Allah. Allah menyediakan bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.”

(Al-Ahzab: 35)

Dan jika kamu berpuasa itu lebih baik bagi kamu kalau kamu mengetahui.

(Al-Baqarah: 184)

· Perisai

“Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya dari api neraka.”

[H.R. Ahmad]

“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkahwin hendaklah berkahwin kerana berkahwin lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kehormatan. Barangsiapa yang belum mampu berkahwin hendaklah berpuasa kerana puasa merupakan pemutus syahwat baginya.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

“Tidaklah ada seorang hamba yang puasa di jalan Allah kecuali akan Allah jauhkan dia (kerana puasanya) dari neraka sejauh tujuh puluh musim.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

“Barangsiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah, maka di antara dia dan neraka ada parit yang luasnya seperti antara langit dan bumi.”

[H.R. Tabarani]

· Syurga

Ditanya kepada Nabi s.a.w amalan yang boleh memasukkan ke syurga. Sabda Nabi s.a.w: “Ke atasmu puasa, tiada yang seumpama dengan itu.”

[H.R. An-Nasa'i]

“Semua amalan anak Adam dilipatgandakan, kebaikan dibalas dengan sepuluh kali (10X) sampai tujuh ratus kali (700X) ganda. Allah berfirman: “Kecuali puasa, kerana dia itu untuk-Ku dan aku yang akan membalasnya, dan meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku. Bagi orang yang puasa ada dua (2) kegembiraan: gembira ketika berbuka dan gembira ketika bertemu dengan Tuhan-nya dan sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah adalah lebih wangi daripada bau misk (kasturi).”

[H.R. Muslim]

· Syafaat

“Puasa dan al-Quran akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat, puasa akan berkata: “Wahai Tuhan-ku, aku menghalangnya dari makan dan syahwat, berilah dia syafaat keranaku, al-Quran pun berkata: “Aku telah menghalangnya dari tidur di malam hari, berilah dia syafaat.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Maka keduanya memberi syafaat.”

[H.R. Ahmad]

· Kifarah

“Fitnah lelaki dari keluarga (isteri), harta dan jirannya boleh dihapuskan oleh solat, puasa dan sedekah.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

· Masuk pintu Rayyan

“Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang disebut dengan Rayyan, orang-orang yang puasa akan masuk pada hari kiamat nanti dari pintu tersebut, tiada orang selain mereka yang memasukinya. Jika telah masuk orang terakhir yang puasa, ditutuplah pintu tersebut, barangsiapa yang minum, tidak akan berasa haus untuk selama-lamanya.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

01 September 2008

Panduan puasa mengikut Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.


Mukadimah

Sabda Nabi s.a.w: “Apabila ada sesuatu dari urusan duniamu, maka kamu lebih tahu tentang hal itu. Jika ada urusan agamamu, maka akulah tempat kembalinya ( ikuti aku ).”

[ H.R Ahmad]