Memaparkan catatan dengan label Nabi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nabi. Papar semua catatan

10 September 2008

Keutamaan sahur

Keutamaan sahur

“Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah makan sahur.”

[H.R. Muslim]

· Barakah

“Barakah ada pada tiga perkara iaitu Jamaah, tharid dan makan sahur.”

[H.R. Tabarani]

“Sesungguhnya Allah menjadikan barakah itu pada makan sahur.”

[H.R. Al-Khatib]

“Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan pada kamu, maka janganlah kamu tinggalkan.”

[H.R. An-Nasa'i]

“Marilah menuju makan pagi yang diberkati iaitu sahur.”

[H.R. Ahmad]

· Allah berselawat

“Sahur adalah makanan yang barakah, janganlah kamu tinggalkan walaupun hanya meminum seteguk air kerana Allah dan rasul-Nya memberi selawat kepada orang yang sahur.”

[H.R. Ahmad]

· Sahur dengan kurma

“Sebaik-baik sahur orang mukmin itu ialah kurma.”

[H.R. Abu Daud]

· Mengakhirkan sahur

“Kami makan sahur bersama Rasulullah s.a.w., kemudian baginda solat, aku (Anas) bertanya: “Berapa jarak antara azan dan sahur?” Baginda menjawab: “kira-kira 50 ayat membaca al-Quran.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

· Hukum

“Sahurlah kamu walaupun dengan setengah air.”

[H.R. Ibnu Hibban]

Jom puasa mengikut cara Nabi s.a.w.

09 September 2008

Waktu puasa

Waktu puasa

“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu.”

(Al-Baqarah: 187)

“Dan makan dan minumlah sehingga terang kepadamu benang putih dari benang hitam dari fajar.”

[H.R. Bukhari]

“Hitamnya malam dan putihnya siang.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

“Janganlah kalian tertipu oleh azannya Bilal dan jangan pula tertipu oleh warna putih yang memancar ke atas sampai melintang.”

[H.R. Muslim]

“Makan dan minumlah, jangan kalian tertipu oleh fajar yang memancar ke atas, makan dan minumlah sampai warna merah membentang.”

[H.R. At-Tirmidzi]

“Jika salah seorang dari kamu mendengar azan, padahal gelas ada di tangannya, janganlah dia letakan hingga memenuhi hajatnya.”

[H.R. Abu Daud]

“Telah dikumandangkan azan dan iqamah solat, ketika itu di tangan Umar masih ada gelas, dia bertanya: “Bolehkah aku meminumnya ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Ya, minumlah.”

[H.R. Ibnu Jarir]

“Jika malam datang dari sini, siang menghilang dari sini dan terbenam matahari, telah berbukalah orang yang berpuasa.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a., “Kami pernah bersama Rasulullah s.a.w. dalam suatu musafir. Ketika itu kami berpuasa (Ramadhan). Ketika matahari terbenam, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada sebahagian dari kami: “wahai fulan (Bilal), berdirilah, ambilkan air.” Kata Bilal: “Wahai Rasulullah, kalau engkau tunggu hingga petang. Rasulullah bersabda: Turun, ambilkan air.” Bilal pun turun, kemudian Nabi s.a.w minum. Baginda bersabda: “kalau kamu melihatnya, nescaya kamu lihat dari atas unta (matahari). Kemudian baginda memberi isyarat dengan telunjuk ke arah kiblat), kemudian berkata: “Jika kamu melihat malam telah datang dari sini, maka telah berbuka orang yang berpuasa.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]
Jom puasa mengikut cara Nabi s.a.w.

08 September 2008

Niat puasa

Niat

· Wajib niat puasa sebelum subuh

“Barangsiapa yang tidak berniat sebelum fajar untuk berpuasa, maka tidak ada puasa baginya.”

[H.R. Abu Daud]

“Barangsiapa yang tidak berniat berpuasa pada malam harinya, maka tidak ada puasa baginya.”

[H.R. An-Nasa'i]

· Niat puasa sunat boleh selepas fajar

“Nabi s.a.w bertanya kepada Aisyah: “Adakah engkau mempunyai makanan? Kalau tidak ada, maka aku akan berpuasa.”

[H.R. Muslim]

· Puasa Asyura

Nabi s.a.w menyuruh seseorang dari Bani Aslam mengumumkan kepada manusia bahawasanya: “Barangsiapa yang sudah makan, hendaklah berpuasa sampai maghrib dan barangsiapa yang belum makan, maka teruskanlah berpuasa kerana hari ini adalah hari Asyura.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah s.a.w. pernah memerintahkan puasa Asyura, maka ketika diwajibkan puasa Ramadhan, orang yang mahu berpuasa Asyura dibolehkan, yang mahu berbuka pun dipersilakan.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

Jom puasa mengikut cara Nabi s.a.w.

06 September 2008

Galakan berpuasa

Galakan berpuasa Ramadhan

· Doa dikabul

“Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan dan semua orang Muslim yang berdoa akan dikabulkan doanya.”

[H.R. Ahmad]

· Pengampunan dosa

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan ihtisab, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

“Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika menjauhi dosa besar.”

[H.R. Muslim]

“Sesungguhnya Jibril a.s. datang kepadaku, dia berkata: “Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan tetapi tidak diampuni dosanya maka akan masuk neraka dan akan Allah jauhkan dia, katakan: “Amin”: maka aku pun mengatakan: “Amin.”

[H.R. Muslim]

· Golongan siddiqin dan syuhada’

“Datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w, dia bertanya: “Ya Rasulullah! Apa pendapatmu jika aku bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang hak kecuali Allah, engkau adalah Rasulullah s.a.w., aku solat lima waktu, aku tunaikan zakat, aku berpuasa Ramadhan dan solat tarawih pada malam harinya, termasuk golongan manakah aku?” baginda menjawab: “Termasuk golongan siddiqin dan syuhada’.”

[H.R. Ibnu Hibban]
Jom puasa mengikut cara Nabi s.a.w.

01 September 2008

Panduan puasa mengikut Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.


Mukadimah

Sabda Nabi s.a.w: “Apabila ada sesuatu dari urusan duniamu, maka kamu lebih tahu tentang hal itu. Jika ada urusan agamamu, maka akulah tempat kembalinya ( ikuti aku ).”

[ H.R Ahmad]