Memaparkan catatan dengan label sahur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sahur. Papar semua catatan

23 September 2008

Fidyah

Fidyah

Ibnu Umar ditanya tentang seorang wanita yang hamil jika bimbangkan anaknya. Beliau menjawab: “Berbukalah dan gantinya memberi makan satu mud gandum setiap hari kepada orang miskin.”

[H.R. Al-Baihaqi]

Kata Ibnu Umar: “Seseorang wanita hamil dan menyusukan anak boleh berbuka dan tidak mengqadha.”

[H.R. Daruquthni]

Ibnu Abbas ra. melihat hamba perempuan hamil atau menyusukan anak, maka beliau berkata: “Engkau termasuk orang yang tidak mampu berpuasa, engkau wajib membayar fidyah dan tidak perlu mengqadha.”

[H.R. daruquthni]

“Barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau musafir, maka gantilah di hari-hari yang lain.”

(Al-Baqarah: 184)

“Dan bagi orang-orang yang tidak mampu puasa, (hendaklah) membayar fidyah makanan untuk orang miskin.”

(Al-Baqarah: 184)
Jom puasa mengikut cara Nabi s.a.w.

10 September 2008

Keutamaan sahur

Keutamaan sahur

“Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah makan sahur.”

[H.R. Muslim]

· Barakah

“Barakah ada pada tiga perkara iaitu Jamaah, tharid dan makan sahur.”

[H.R. Tabarani]

“Sesungguhnya Allah menjadikan barakah itu pada makan sahur.”

[H.R. Al-Khatib]

“Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan pada kamu, maka janganlah kamu tinggalkan.”

[H.R. An-Nasa'i]

“Marilah menuju makan pagi yang diberkati iaitu sahur.”

[H.R. Ahmad]

· Allah berselawat

“Sahur adalah makanan yang barakah, janganlah kamu tinggalkan walaupun hanya meminum seteguk air kerana Allah dan rasul-Nya memberi selawat kepada orang yang sahur.”

[H.R. Ahmad]

· Sahur dengan kurma

“Sebaik-baik sahur orang mukmin itu ialah kurma.”

[H.R. Abu Daud]

· Mengakhirkan sahur

“Kami makan sahur bersama Rasulullah s.a.w., kemudian baginda solat, aku (Anas) bertanya: “Berapa jarak antara azan dan sahur?” Baginda menjawab: “kira-kira 50 ayat membaca al-Quran.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

· Hukum

“Sahurlah kamu walaupun dengan setengah air.”

[H.R. Ibnu Hibban]

Jom puasa mengikut cara Nabi s.a.w.