11 September 2008

Batal puasa

Batal puasa

· Makan minum sengaja

“Makanlah dan minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam kerana fajar, kemudian sempurnakanlah puasa hingga malam.”

(Al-Baqarah: 187)

“Jika lupa hingga termakan dan terminum hendaklah menyempurnakan puasanya, sesungguhnya Allah memberinya makan dan minum.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

“Allah tidak menghukum umatku kerana salah atau lupa dan kerana dipaksa.”

[H.R. Ad-Daruquthni]

· Muntah dengan sengaja

“Barangsiapa yang terpaksa muntah, dia tidak wajib mengqadha dan barangsiapa membuat-buat muntah, hendaklah mengqadha.”

[H.R. Abu Daud]

· Haid dan nifas

Kata Aisyah: “Kami pun haid ketika berpuasa, tetapi tidak disuruh mengqadha solat.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]

· Jimak/bersetubuh

Pernah datang seseorang kepada Nabi s.a.w: “Ya Rasulullah, aku binasa.” Baginda bertanya: “Apa yang membuatmu binasa?” Dia berkata: “Aku telah menjimak isteriku di bulan Ramadhan.” Rasulullah bertanya: “Apakah engkau mampu memerdekakan hamba? Dia menjawab: “Tidak!” Rasulullah bertanya: “Apakah engkau mampu puasa dua bulan berturut-turut?” Dia menjawab: “Tidak!” Rasulullah bertanya: “Apakah engkau mampu memberi makan enam puluh orang miskin?” Dia menjawab: “Tidak!” Rasulullah berkata: “Duduklah.” Maka dia pun duduk. Kemudian ada orang yang mengirim sebekas kurma kepada Nabi s.a.w. Baginda bersabda: “Bersedekahlah.” Dia berkata: “Tidak ada di antara dua kampung ini keluarga yang lebih miskin dari kami.” Rasulullah pun ketawa hingga terlihat giginya. Kata baginda: “Ambillah, beri makan keluargamu.”

[H.R. Al-Bukhari dan Muslim]
Jom puasa mengikut cara Nabi s.a.w.

Tiada ulasan: